Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kalimah Allah Ditemui Di Badan Ikan

Kalau sekali tengok, memang macam tak ada apa-apa kebiasaan pada ikan hiasan akuarium nih.., tapi jika korang teliti betul-betul, ada perkara luarbiasa kat badan ikan tu..

Gua pun tak tahu ikan ni jenis apa.. Ikan jenis ni banyak dorang jual di kedai ikan perhiasan. Tapi gua rasa, ikan yang ada tertera nama Allah ni mungkin satu je dalam sejuta..Ni semua kebesaran yang ditunjukkan kepada kita oleh sang pencipta..

Sebenarnya.., banyak sekali perkara-perkara yang telah kita nampak selama ni.. Korang ingat tak lagi apabila awan membentuk seperti kalimah Allah.., apabila terdapat kalimah Allah pada tumbuhan-tumbuhan.., apabila pokok kelihatan seperti orang yang sedang rukuk, dan sebagainya..

Malangnya.., hanya pada saat tu saja lah kita berasa takjub akan kekuasaan Tuhan.Mengapa kita tidak melihat pada ciptaan-ciptaanNya yang jauh lebih hebat? Kita sedar tak tentang hebatnya kejadian langit dan bumi.., pertukaran siang dan malam.., kejadian banjir, tsunami, taufan, dan gempa bumi?

Malah pusingan orbit-orbit planet dan bintang yang cukup sempurna sekali pun tergolong dalam kekuasaan Tuhan.

Bukankah semua tu adalah kebesaran Tuhan yang patut kita kagumi? Namun tidak semua yang mampu melihat melainkan orang-orang yang mampu berfikir dan meneliti setiap kejadianNya..

sumber:http://mediapermatangpauh.blogspot.com
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info