Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Sebarkan Gambar Bogel Selepas Putus Cinta

Pertama sekali terima kasih kerana sudi membaca info disini.Kali ini info yang patut kita jadikan tauladan dan pengajaran terutamanya untuk wanita bercinta memang indah sehingga sanggup mengadaikan kesucian diri demi menunjukkan keikhlasan dalam perhubungan walaupun kita tahu ia adalah haram dan berdosa besar namun masih ada dikalangan kita yang melakukan perbuatan terkutuk ini.Masa bercinta semuanya indah apabila berpisah jadilah kisah seperti dibawah

SINGAPURA - Peristiwa yang menimpa Susan (bukan nama sebenar) layak menjadi tauladan. Susan hanya boleh terpaku apabila mengetahui gambar bogelnya disiarkan di dunia maya. Menurutnya, gambar itu pernah diberikan kepada teman lelaki sekitar dua tahun lalu.

Dalam wawancara dengan  The New Paper, Sabtu (16/3/2013), remaja berusia 17 tahun ini berkata, ketika itu ia dengan bodohnya menuruti permintaan teman lelaki. Ketika hubungan berakhir, tidak ada komunikasi di antara keduanya. Namun, betapa terkejutnya Susan ketika mendapat berita dari rakan dan gurunya bahawa ada gambar peribadinya yang tersiar di Facebook, Twitter, dan sejumlah forum. Tak hanya gambar, nombor telefonnya pun disenaraikan.

"Dalam masa beberapa jam, hidup saya berubah menjadi mimpi buruk. Orang-orang menatap dan merenung saya di jalanan," kata Susan.

Bahkan, sejumlah lelaki menghubunginya melalui telefon dan berusaha menggodanya dengan meminta lebih banyak foto bogelnya. Kes ini telah dilaporkannya kepada polis. Meski tidak langsung menuduh, ia meyakini, bekas teman lelaki yang menyebarkan gambar tersebut.

"Satu-satunya orang yang pernah menerima gambar saya adalah dia," ujar Susan.

Psikolog Dr Brian Yeo berkata, tindakan menghantar koleksi gambar peribadi saat ini menjadi trend negatif kalangan remaja. "Mereka melakukannya untuk mengeratkan hubungan tanpa menyedari kesan yang mungkin muncul," kata beliau.

Ia menambah, biasanya ketika hubungan itu memburuk atau berakhir, mereka akan mula panik dan menyesalinya




 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info