Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Tips Mengurangkan Muntah Semasa Hamil.

Tips Mengurangkan Muntah Semasa Hamil.

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu.Walaubagaimanpun terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehinggalah ke peringkat akhir kandungan.


Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan.Morning Sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama. Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yg diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berterusan, anda perlu berjumpa dengan doktor pakar sakit Puan dengan segera.Tip -Tips Untuk Mengurangkan Simptom. Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba dgn mengamalkan tips ini :

- Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan masalah sembelit.

- Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara mara dan rakan-rakan ditempat kerja tentang bau-bauan tersebut.

- Hindarkan diri dari wangi-wangianan yg melampau.

- Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.

- Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu bau lemon atau minum jusnya.

- Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.

semoga info ini bermanfaat sila share dengan klik button di bawah
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info